Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan Malaysia asalkan ianya tidak melibatkan negaranya. Menteri luar Indonesia, Dr. Suhandiri (New York Times – 13 Nov 1961) pernah menyatakan bahawa Indonesia tidak akan menghalang penubuhan ini sebaliknya mendoakan supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalam rancangannya.
Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak tahan lama apabila Indonesia telah menentang keras dan mengecam pembentukan ini. Malah mereka juga telah menyokong tindakan Parti Rakyat Brunei menentang Pembentukan Malaysia pada 8 Disember 1962. Pada 20 Januari 1963, Indonesia telah menyuarakan tentangan dan mengumumkan konfrontasi dengan melaungkan slogan ‘Ganyang Malaysia’.
Pada 11 Februari 1963, Dr. Subandrio mengisytiharkan dengan rasmi penentangan kerajaan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa tujuan penubuhan Malaysia adalah untuk menyelamatkan getah, bijih timah dan minyak untuk British. Faktor-faktor pencetus penentangan ialah:
a)Sukarno berasa Tunku Adbul Rahman membelakangi jirannya apabila membuat pengumuman tanpa berunding dengannya terlebih dahulu
b)Penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan empayar Indonesia Raya (Melayu Raya).
Namun penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan tematnya diganti oleh Jeneral Suharto.
Filipina
Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah. Mereka juga sebenarnya pernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan British dengan menghantar sepucuk surat rasmi pada 22 Jun 1962. Tuntutan ini dibuat kerana mereka mendakwa bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu suatu ketika dulu. Bagaimanapun, kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malah mengingatkan Filipina bahawa sebarang tuntutan mereka ke atas Sabah sama ada daripada kerajaan Filipina atau orang perseorangan akan ditentang oleh kerajaan British.
Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan ini semasa kongres Filipina pada 28 Januari 1963. Fenomena ini menyebabkan hubungan diplomatik anatara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina terjejas. Walaupun Filipina meneruskan tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia, tuntutan ini gagal keran tinjauan dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai pembentukan Malaysia.
No comments:
Post a Comment